Senarai Blog Saya

Jumaat, Mac 11

UJIAN BERPAKAIAN MENUTUP AURAT........

ini baru ok la.........






                                                             yang ini baru terbaik.....                  

Sejarah godaan pertama Iblis kepada manusia yang awal di syurga mempunyai kaitan sangat rapat dengan berpakaian dan bertelanjang. Ini memberi petunjuk besarnya isu berpakaian ini bagi manusia sepanjang zaman. Dan ternyatalah inilah ujian besar bagi manusia sepanjang zaman.



Al-Qur’an menjelaskan, Iblis telah berjaya menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dengan menggoda mereka berdua makan pohon yang dilarang oleh Allah dalam syurga. Cerita Iblis berusaha menggoda Adam dan Hawa agar tertanggal pakaian disebut dalam beberapa ayat...............................

{......Maksudnya: “Lalu syaitan menggoda mereka agar dia bejaya menyerlahkan kemaluan mereka yang terselindung.” (al-Araf: 20)

Maksudnya: “Lalu Iblis menghulurkan pada mereka berdua beberapa tipu daya. Maka tatkala mereka berdua merasai pokok tersebut, terserlahlah kemaluan mereka.Dan segeralah mereka menutupnya dengan daunan syurga” (al-Araf: 22)

Maksudnya: “Lalu kedua-duanya makan sebahagiannya, akibatnya terserlahlah bagi mereka berdua kemaluan mereka.” (Taha: 121).

Lanjutan itu dalam ayat seterusnya iaitu al-Araf: 26 Allah jelaskan bahawa pakaian telah Allah turunkan kepada zuriat manusia.

Maksudnya: “Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf: 26)............}



Seterusnya, Allah memberi peringatan kepada zuriat Adam tentang usaha syaitan menelanjangkan manusia ini.

Maksudnya: “Wahai anak Adam. Janganlah kamu terpedaya dengan syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua-ibu bapa kamu dari syurga; dia menanggalkan daripada kedua mereka pakaian keduanya untuk dia menampakkan kemaluan mereka berdua.” (al-Araf: 27)


Sepanjang zaman Iblis dan syaitan sentiasa berusaha menanggalkan pakaian manusia agar bertelanjang. Kejayaan Iblis menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dijadikan sebagai peringatan kepada zuriat Adam agar jangan lagi terpedaya dengan godaan syaitan ini.

Benarlah peringatan Allah. Kehidupan manusia moden hari ini menyaksikan bagaimana umat manusia terutama para wanita digoda oleh syaitan jin dan syaitan manusia untuk menanggalkan pakaian mereka dengan hujah fesyen terkini dan gaya hidup masyarakat maju. Justeru kita melihat syaitan-syaitan ini mencipta pelbagai fesyen terkini yang hakikatnya adalah usaha untuk mendedahkan sudut jasad yang sepatutnya diselindungi oleh wanita.

Kehebatan dan kesenian rekaan pakaian diukur pada kejayaannya mendedahkan sudut-sudut menggiurkan pada jasad wania yang bakal menjadi daya tarikan yan kuat kepada lelaki. Pelbagai pertunjukan fesyen dibuat diperingkat nasional dan antarabangsa, malah ditaja oleh setengah-setengah kerajaan. Tujuannya tak lain tak bukan ialah memaparkan sudut jasad yang menggiurkan yang tentu sahaja selari dengan nafsu dan keinginan seks yang memang telah sedia ada dalam diri manusia. Tujuannya membangkitkan nafsu dan keinginan seks. Namun matlamat jahat ini disalut dengan hujah kononnya fesyen terkini berpakaian.



 yang dah pning la.......siap da benda haram lak......apa dah jadi ni???




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih dahsyat, berbogel menjadi satu perkara biasa bagi setengah artis barat.

Filem-filem lucah dan bogel menjadi indutri yang menguntungkan.

Sangat malang apabila kegiatan jahat seumpama ini telah menjadi industri yang menjadi sumber pendapatan yang lumayan.

Ia pasti melahirkan para pejuang yang berjuang mempertahankannya.

Mereka tentu sanggup membunuh untuk memastikan industri yang menjadi sumber makan-minum ini tidak roboh dan hancur.

Namun, disinilah perlunya lahir para pejuang kebenaran bagi menghancurkan industri syaitan ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang kufur berperang di jalan taghut kejahatan mereka, dan orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah. Maka perangilah pembantu-pembantu syaitan. Sesungguhnya tipu daya syaitan amat lemah.





cuba fikir2kan lah..................anda yang bergelar wanita...perempuan.....nisaa.....berada di sebelah mna???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan